ILD UiTM KELANTAN

Executive Spiritual Leadership Index (ESL-X)

Siri 1: Memimpin Diri - Membina Jiwa, Integriti dan Karakter Pemimpin

Bahagian A: Maklumat Responden

Bahagian C: Penilaian Reflektif (Skala 1: Sangat Tidak Setuju - 5: Sangat Setuju)
Amanah & Kejujuran
Pernyataan Item 12345
Saya memandang jawatan pentadbiran sebagai satu bebanan tanggungjawab yang akan dipersoalkan, bukan satu kemuliaan peribadi.
Saya menggunakan kuasa kepimpinan secara eksklusif untuk melindungi kebajikan staf dan memudahkan urusan organisasi.
Saya menyedari bahawa elaun jawatan ini adalah amanah berat yang menuntut pengorbanan masa dan emosi (Prinsip "Beli Panadol").
Saya menetapkan standard etika yang lebih tinggi untuk diri sendiri (Hukum Warak) berbanding piawaian umum (Hukum Syarak).
Saya memastikan setiap keputusan yang dibuat adalah adil tanpa sebarang unsur pilih kasih atau kezaliman.
Keikhlasan & Niat
Pernyataan Item 12345
Saya memegang prinsip "letak kerja pada hati", di mana setiap tugasan adalah bentuk pengabdian kepada Tuhan.
Kualiti kerja saya kekal konsisten walaupun sumbangan tersebut tidak mendapat pujian atau pengiktirafan manusia.
Niat utama saya dalam memimpin adalah untuk memberi khidmat kepada masyarakat dan membangunkan ummah.
Saya mengelakkan sebarang bentuk sandiwara atau lakonan imej demi menjaga kepentingan politik jawatan.
Saya bekerja dengan tenang walaupun di bawah tekanan tinggi kerana yakin dengan nilai ganjaran di sisi Tuhan.
Kematangan Emosi & Empati
Pernyataan Item 12345
Saya mampu mengawal ego peribadi apabila berhadapan dengan situasi yang menggugat kedudukan atau kredibiliti.
Saya mengawal nada suara dan bahasa tubuh supaya tidak menunjukkan kemarahan apabila dikritik oleh staf.
Saya mengamalkan empati dengan mendengar keluhan orang bawahan secara mendalam sebelum membuat keputusan.
Saya menjauhi perasaan dendam terhadap individu yang mempunyai pandangan berbeza dalam mesyuarat.
Saya menyantuni semua lapisan staf tanpa wujud perasaan ingin dihormati secara berlebihan.
Kerukunan & Kepercayaan
Pernyataan Item 12345
Saya membina asas hubungan dalam organisasi berdasarkan prinsip saling mempercayai dan diyakini.
Saya menghargai perbezaan latar belakang akademik dan personaliti sebagai kekuatan dalam pasukan.
Saya mengelakkan pembentukan kelompok dalaman (inner circle) yang boleh menjejaskan keharmonian organisasi.
Saya berusaha mewujudkan "ruang aman" supaya orang bawahan merasa dihargai dan tidak dipinggirkan.
Saya menyokong penuh kejayaan rakan sejawat demi kebaikan kolektif universiti.
Integriti Akademik
Pernyataan Item 12345
Saya menjauhi amalan melobi jawatan atau menyertai komplot untuk mengejar kedudukan pentadbiran.
Saya tidak menggunakan "pintu belakang" atau manipulasi sistem untuk memudahkan kenaikan pangkat peribadi.
Saya mengelakkan eksploitasi staf junior untuk kepentingan penerbitan atau pencapaian peribadi saya.
Saya memastikan integriti kesarjanaan terpelihara daripada unsur penyelewengan maklumat dan manipulasi data.
Saya menjauhi sifat "tin kosong" (nampak hebat pada gelaran tetapi kosong nilai kejujuran).
Kawalan Diri & Tazkiyah
Pernyataan Item 12345
Saya melakukan muhasabah harian dengan mengingati asal-usul diri supaya tidak terjerumus ke dalam sifat sombong.
Saya mengelakkan sikap gopoh (terburu-buru) dalam bertindak tanpa kajian dan pertimbangan mendalam.
Saya mengamalkan sifat tawaduk dengan sedia menerima kebenaran walaupun daripada staf bawahan.
Saya berusaha menyucikan hati daripada sifat hasad dengki terhadap kelebihan rakan akademik lain.
Saya sentiasa mengingati akhir kehidupan (kematian) agar tidak mengejar kepentingan duniawi semata-mata.
Kepimpinan Perubahan (5P)
Pernyataan Item 12345
Purpose: Saya menjelaskan arah tujuan perubahan dengan menghubungkannya kepada kebaikan bersama.
People: Saya melibatkan dan membakar semangat staf untuk turut serta dalam agenda perubahan.
Process: Saya sentiasa menilai sistem sedia ada untuk membuang birokrasi dan memperbaiki kelancaran.
Partnership: Saya membina jaringan strategik yang bermakna dengan industri dan komuniti.
Performance: Saya memastikan setiap hasil kerja organisasi mencapai kualiti mematuhi piawaian tinggi.
Profesionalisme & WE
Pernyataan Item 12345
Saya mengamalkan kriteria Al-Qawiyy (kompetensi, kekuatan karakter, dan keupayaan profesional).
Saya mengutamakan budaya "WE" (Kita) berbanding "I" (Saya) dalam setiap pencapaian jabatan.
Saya memberikan mandat dan kepercayaan penuh kepada staf tanpa gangguan mikro (micro-manage).
Saya berperanan sebagai pemimpin yang membimbing (Leader), bukannya sekadar bos yang mengarah.
Saya fokus untuk melahirkan barisan pelapis yang lebih hebat daripada diri saya sendiri.
Kepimpinan Komunikasi
Pernyataan Item 12345
Listen: Saya mengutamakan sesi mendengar (townhall/sembang santai) sebelum membuat penghakiman.
Sense: Saya mempunyai kepekaan membaca budaya dan isu sebenar di lapangan sebelum memberi arahan.
Align: Saya berkomunikasi secara telus untuk menyelaraskan tujuan tanpa agenda tersembunyi.
Mobilise/Care: Saya menggunakan seni menegur yang santun untuk menggerakkan pasukan sambil menjaga maruah.
Legacy: Komunikasi saya bertujuan membina inspirasi dan warisan kepimpinan yang panjang.